Wednesday 6 April 2011

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD)



Berdasarkan iklim politik Malaysia kini, perlu di adakan Standard Operating Procedures (SOP) untuk menentukan samada perlu diwujudkan SSD ataupun tidak. Kejadian tertentu seperti Kematian Mengejut Pegawai Kastam di Bangunan SPRM atau Video Sek Melibatkan Orang Merupai Ketua Pembangkang atau Kematian Teoh Beng Hock atau Kejadian Tanah Runtuh atau Kemalangan Maut Bas / Kenderaan menjurus kepada penubuhan SSD.

SOP ini perlu untuk menegakkan keadilan masyarakat ataupun pembelaan kepada mangsa kejadian atau keluarga mereka. Parti-parti politik juga cuba mendesak penubuhan SSD jika ianya dapat `political milage’ dan sebaliknya tidak menyokong penubuhan SSD jika ianya mendatangkan `political damage’ kepada mereka. Sebagai seorang politikus yang adil, semangat berat sebelah ini harus tidak diamalkan.

SSD ini ada baik dan buruknya. Ia melibatkan masa seseorang dan wang rakyat. Orang politik dan rakyat perlu tahu kos untuk mengadakan SSD. Umpamanya di kes Mendiang Teoh Beng Hock. Dari penahanannya di pejabat, ia melibatkan masa seseorang. Selepas kematian, ia melibatkan pihak PDRM pula. Masa dan `man hour’. Tidak puas hati dengan siasatan polis, di adakan Inkues. Masa dan `man hour’ lagi. Kemudian tiada keputusan menyebabkan protes dan ditubuhkan SSD. Berapakah kos dan `man hour’ yang terlibat didalam SSD ini? Siapakah yang mendapat menafaat daripada semua ini? Orang politik untung, orang surat khabar ada kerja dan jualan akhbar meningkat, peguam untung mendapat bayaran. Inikah `economic spin’ yang Malaysia mahukan.?

No comments:

Post a Comment