Sunday 1 May 2011

BLOGGER PRO KERAJAAN WAJIB AKTIF BERSUARA DAN BERDISKUSI DI MALAYSIAN INSIDER DAN PROTAL PEMBANGKANG


Penulis perhatikan Malaysian Insider mahupun Malaysiakini atau Harakah daily bebas memberi pendapat dan Kerajaan atau blogger pihak pro kerajaan tidak menjawab atau membalas memberikan maklumat sebenar untuk pengetahuan orangramai. Akibat diam atau malas nak komen penulisan mereka, ia menjadikan tohmahan dan fitnah mereka terhadap kerajaan adlah betul. Dan jika dibiarkan rakyat yang membacanya mempercayai cerita yang dibawakan oleh portal pro pembangkang.
Penulis sarankan di wujudkan team cyber khas untuk menjawab dan membidas balik anggapan dan saranan serta pendapat pro pembangkang. Blogger yang berbahasa Inggeris perlu diperbanyakkan dan diberi gaji khas serta ruang kerja untuk menulis dan mematahkan `arguement’ pihak lawan dengan baik.
Blogger ini perlu diberi latihan dan harus berkerja di dalam satu pasukan. Input politik diberikan dari masa kesemasa supaya blogger ini berupaya mengendalikan peperangan cyber.
Penulis pernah mencadangkan penubuhan Tabung Peguam Muda Melayu dan konsepnya boleh digunapakai untuk cadangan Tabung Blooger Muda Melayu.  Tabung ini boleh membantu membiayai  kos penyewaan, api dan air dan internet,kerusi meja dan komputer. Kadang-kadang boleh digunakan membayar elaun blogger part time berdasarkan kepada jumlah penulisan. Etika penulisan yang baik harus dipeliharaan.
Penulis melihat blogger pro kerajaan semakin ramai bilangannya (syabas) akan tetapi mereka tidak melawan arguement pihak pro pembangkang dan tidak memberikan kemenangan kepada kerajaan. Penulisan mereka harus dikomen balik.

Sunday 10 April 2011

Tabung Peguam Muda Melayu

Penulis perhatikan apabila pilihanraya di adakan atas sebab kematian Ahli Yang Berhormatnya atau sebab-sebab tidak melayakkannya, pihak kerajaan akan mula mengadakan projek `pilihanraya’ seperti turup jalan, bina longkang, mengecat, peralatan balai raya dan sebagainya untuk DUN berkenaan. Baiknya rakyat yang mendapat faedah dan kontraktor Bumiputera biasanya mendapat kerja.

(Di tempat penulis ada kontraktor selalu dapat kerja begini dan biasanya ada untung. Apa yang menyedihkan kontraktor ini hanya baik dengan YB Pemberi Projek sahaja, akrab sekali, tetapi balik rumah dan taman perumahan, kontraktor ini sombong, tidak bercampur gaul dengan masyarakat setempat. Buat hal sendiri. Saya sarankan YB Pemberi Projek harus memberikan projek kepada kontraktor yang boleh menyiapkan kerja dengan baik dan sedikit keuntungan, tetapi juga yang boleh menawan hati terhadap YB Pemberi Projek. Contohnya YB Ghafar Atan mengagih projek kepada kontraktor Melayu. Kontraktor Melayu ini mendapat untung projek tetapi nama YB Ghafar Atan dibenci sebab YB Ghafar Atan menghidupkan kontraktor Melayu yang sombong dan angkuh di perumahan kontraktornya. Jadi tengok-tengoklah `chain of reactionnya)

Balik kepada pengagihan projek bagi DUN berkenaan mungkin mencecah RM1 juta, sebahagian daripadanya boleh diagihkan kepada Tabung Peguam Muda Melayu di DUN berkenaan. Tujuan Tabung ini dibentuk ialah untuk melatih peguam muda Melayu di dalam perudangan. Tabung ini mempunyai bantuan kewangan dan tenaga manusia. Peguam UMNO dan BN yang berpengalaman harus memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada peguam muda ini. Jangan hidupkan kontraktor sahaja, peguam muda yang baru juga perlu dibantu. Jikalau ada ruang pejabat, sewa murahkan kepada mereka. Buat pemulaan bayar gaji mereka selama 6 bulan (melalui Tabung tersebut) supaya ia boleh berdikari kemudian. Beri dia peluang perniagaan. (MOSTI atau BIOTECHCORP memberikan geran permulaan perniagaan bernilai jutaan RM kepada sebuah syarikat, mengapa tidak UMNO/BN mencari dana membantu RM50K untuk seorang peguam muda. Keadah perlaksanaan boleh dirancang supaya tiada penyelewangan) Jikalau ada perumahan baru kerajaan, beri mereka beberapa peratus kerja surat perjanjian, sebagai contoh. Barulah peguam muda ini dapat belajar dan tidak merungut `asyik asyik peguam tu yang dapat’. Peguam muda melayu ini mesti ditarik menyokong Kerajaan. Alangkah baik juga ia dapat diwujudkan disetiap DUN dan ramai bilangannya. Jikalau UMNO/BN tidak buat ini, lama kelamaan Bar Council memang sebuah badan anti kerajaan.
Penulis perhatikan pihak Kerajaan UMNO / BN tidak seagesif dari segi mengambil tindakan undang-undang jika dibandingkan dengan PR terutamanya Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng Pulau Pinang. Cakap sikit mereka saman atau mereka tuntut maaf terbuka. Akan tetapi Anwar Ibrahim terutamanya bercakap di dalam negeri dan diluar negara tanpa batasan. Ada perkara yang masih dibicarakan lagi pun boleh diulas diluar mahkamah. Begitulah puasnya mereka. Tun Mahatir sendiri disaman berjuta-juta. Penulis melihat ini sebagai `opportunity’ dan bukan `threat’.

Seperti di dalam industri pembinaan, kontraktor kelas F diberi kerja secara undi dan adakalanya projek diagih atau dikurnia terus. Penulis mencadangkan Kerajaan turut serta dalam program melahirkan lebih ramai lagi peguam muda di DUN / Parlimen / seluruh negara. Wujudkan program mentor mentee dikalangan peguam senior pro kerajaan dengan peguam muda. Mentor akan membantu dan melatih peguam peguam ini menjalankan tugas seorang peguam. Salah salah tugas mereka ialah menyaman PR jika ada kes fitnah, menipu, salah guna dan sebagai. Sebuah badan akan memantau ceramah mahupun akhbar mereka dan jika didapati meyalahi undang-undang, peguam muda ini mesti bertindak. Melalui tindakan ini, peguam muda ini akan belajar dan mengumpul pengalaman. Penulis ingin melihat Anwar Ibrahim kena hadir kes mahkamah di Alor Gajah Melaka esok, lusa di Alor Setar, tulat di Kota Kinabalu, akhir bulan di Muar, 1 hb di Kuantan dan sebagai. Letih juga dia. Hanya melalui tindakan undang-undang, Anwar Ibrahim akan berhati-hati apabila bercakap dan menulis.
Penulis suka UMNO/ BN Melaka mulakan experimen ini kerana Melaka pantas. Kelemahah boleh diatas dan diperbaiki.

Saturday 9 April 2011

MU the winner

Hoorey. MU wins over Fulham 2-0. What are marvelous game. MU has 69 points with 32 games. Ferguson has to work from the spectator seat and uses lot of phone to communicate with his people. Hope to win all the last few matches

Wednesday 6 April 2011

Pengurusan Central Melaka Tidak Peka Dengan Rakyat Miskin dan Muda

Semasa bercuti di Melada, penulis berhenti di Sentral Melaka. Hari Sabtu hari yang jam di Sentral. Kereta di parking ditepi jalan dan kadang-kadang menyusuhkan orang lain. Traffic jam begini menandakan kepesatan ekonomi. Rakyat berjalan dan berbelanja. Agaknya satu hari berapa bas ekspress yang singgah dan tiba dari atau ke Sentral?

Kebersihan baik walaupun keadaan traffic tidak dikawal.

Penulis memasuki kawasan letak kereta dan dikenakan bayaran RM1 per entry. Murah jika dibandingkan dengan kadar parker di Kuala Lumpur. Penulis bersua siapa dengan penunggang motorsikal. `Berapa tiket letak moto di sini”. Pemuda itu menjawab `Tak patut bang. Kami dikenakan sama dengan bayaran tiket kereta. Kami guna kawasan sikit sahaja. Satu lot kereta yang berharga RM1 itu boleh muat 5 buah motosikal. Kami patut dikenakan 20 sen atau 50 sen bukan RM1.”
Penulis fikir ada baiknya dirombak kadar letak kereta dan moto (walaupun disediakan tempat kunci). Kerajaan Melaka jangan fikir bisnes sangat dengan rakyat pendapatan rendah dan muda ni. Mereka adalah penyumbang undi di masa pilihanraya. Berilah mereka layanan. Siapakah yang mengendalikan tempat letak kereta dan motosikal ini? Difahamkan ia telah diswastakan kepada pihak ketiga. Pihak Sentral Melaka pula runding dengan mereka untuk mengurangkan kos atau percuma. Alangkan beberapa tol dihapuskan......

Menghantar Virus Menghalang Freedom of Speech


Kebelakangan ini banyak blog blog pro kerajaan telah diserang dengan virsus oleh pihak yang tidak bertanggonjawab. Perbuatan ini tidak professional dan menghalang kesuburan amalan demokrasi freedom of speech. Orang yang memperjuangkan demokrasi WAJIB meninggalkan amalan `spread virus’. Bagi penulis, penghantar sudah KALAH dan tidak boleh menerima kritikan dan teguran dan pendedahan sesuatu cerita/kejadian. Hujahan perlu dibalas dengan hujahan juga bukan dengan penyebaran virus. Ada juga pembaca yang neutral ingin membaca berita berita pro BN dan juga pro PR untuk pengetahuan mereka.
Betul. Dari segi peperangan, musuh telah dimatikan. Tetapi apa akan terjadi jika pihak yang kena virus turut membalas dengan virus juga? Mungkin berlaku pembaca akan `drop’ cyber news dan balik kepada media utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan Star. Siapa yang rugi? Kita juga………

Anwar Ibrahim dan Wan Azizah


Demi menjaga maruah orang Islam dan suaminya, Wan Azizah harus reda dan membenarkan suaminya berkahwin lebih daripada satu atau poligami. Tidak perlu kita berselindung atau menutup mata sebelah mengenai nafsu sek si suami tu. Kita dapat pahala jika mengizinkan dan lebih mustahak ia tidak terus mengaibkan keluarga kita. Sekurang-kurangnya ia dapat mengisi penuh tugas harian dipejabat dan rumah, zahir dan batin si suami/ isteri.
Anwar Ibrahim mampu dari segi kewangan dan kesihatan. Wanita pun makin bertambah. Jikalau tidak nak mengikuti amalan Nabi Besar kita untuk mengkahwini janda atau sebagainya tidak apa. Pilihlah yang cantik-cantik dan dari pelbagai bangsa, asalkan halal.
Wan Azizah mungkin merasa segan bermadu tetapi tidak mustahil 5 atau 10 tahun lagi, lelaki yang hanya beristeri satu, akan dikatakan GILA kerana tidak mustahil pada masa itu, lelaki beristeri 2 atau 3 atau 4.

Pilihan Raya Sarawak

Semalam kita menyaksikan kesemua 71 DUN di Sarawak akan ditandingi. Malah pilihan raya negeri kali ke-10 yang ditetapkan pada 16 April ini mencatatkan rekod 213 calon bertanding termasuk bilangan calon bebas paling tinggi seramai 41 orang.Lebih daripada separuh kerusi, atau lebih tepat 44 kerusi, akan menjadi pertandingan banyak penjuru. Sebanyak 23 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) dan dua kawasan pertandingan enam penjuru.

Trend pertandingan begini berlaku mungkin disebabkan politikus politikus menganggap BN di Sarawak dikatakan bermasalah. Masalah utama ialah presapsi kejadian rasuah yang berluasa dan pemerintahan Tan Sri Taib Mahmud yang terlalu lama. Faktor ini disulumi dengan andaian `tsunami politik 2008’ akan melanda Sarawak juga. Pada 2008, ramai ahli politik yang tidak berkelayakan atau bertutor Bahasa Malaysia, berkerja sebagai jurufoto mahupun pekrja stor, berjaya mengalahkan politikus yang berkelaber dan berjawatan. Mereka harap rakyat akan menolak BN dan memilih pembangkang walaupun calonnya tidak pernah diketahui sebelum ini.

Diharap pilihanraya Sarawak dapat berjalan dengan baik selamat dan teratur. Strategi memenangi pilihanraya dibentuk dan dilaksanakan dengan sempurna.